Kekeliruan maksud 1Malaysia

Terdapat dakwaan oleh pihak pembangkang bahawa maksud 1Malaysia masih tidak difahami oleh majoriti rakyat Malaysia. Pemahaman orang Melayu dan bukan Melayu sangat berbeza.[14] Pada 2 Ogos 2010, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu pengertian slogan 1Malaysia dijelaskan dengan terperinci bagi mengelak ia disalah erti rakyat. Masing-masing mempunyai pendapat berbeza dan tidak boleh disatukan kerana pemahaman setiap agama itu berbeza dan dengan ini saya berasakan ia perlu diperjelaskan dengan terperinci bagi mengelak salah tanggapan.[15][16]

Perdana Menteri Malaysia menjelaskan gagasan ini berteraskan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Ia tidak seharusnya lari daripada apa yang terkandung dan semangat yang ada dalam perlembagaan. Soal hak Bumiputera, bahasa, budaya, kedudukan raja dan agama tidak harus berubah.